Majlis Sukan Negara menerusi Cawangan Wanita Dalam Sukan, Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita telah mengadakan Program Sports Icons Tour 2024 dengan kerjasama SMK Desa Tun Hussein Onn, Keramat, Kuala Lumpur telah diadakan pada 9 Julai 2024 bertempat di Laman Bestari, SMK DTHO.
Siri Sports Icons kali ini melibatkan tokoh sukan negara, Datuk Shalin Zulkifli (Tenpin Boling) dan dihadiri seramai 1000 orang pelajar dan 150 orang guru terlibat sama bagi tujuan interaksi, serta menimba pelbagai pengetahuan dan pengalaman bermakna dari segi akademik dan sukan.
Selain itu, bersempena dengan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris, Kempen Kita Semua Team MAS turut diadakan untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai perkembangan terkini sukan negara dan mengetahui persediaan atlet menjelang dua temasya sukan terbesar dunia itu.










