MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN PENAJAAN ANTARA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA DAN BUBBLES O2 SDN BHD

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Penajaan antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Bubbles O2 Sdn Bhd bertempat di MSN, Bukit Jalil pada Selasa.

YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN dan Cik Ain Azizah Arifin, Pengarah Urusan Bubbles O2 Sdn Bhd telah menandatangani MOA antara MSN dan Bubbles O2 Sdn Bhd. Bubbles O2 bersetuju untuk memberi tajaan tunai dan bekalan Air Mineral Beroksigen khusus kepada pembangunan sukan sehingga ke peringkat prestasi yang lebih tinggi.

Turut hadir sama, YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS dan Encik Arifin Marzuki, Pengerusi Eksekutif Bubbles O2 Sdn. Bhd.