Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives July 9, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEM PEMILIHAN AKHIR PROGRAM FAST TRACK KEBANGSAAN SUKAN TERJUN

Kem Pemilihan Akhir Program Fast Track Kebangsaan Sukan Terjun telah membuka tirai pada 9 Jun hingga 13 Julai 2024 di sekitar KL Sports City.

Seramai 60 orang peserta terbaik telah terpilih untuk menjalani kem ini berikutan hasil daripada Program Pencarian Bakat Baru TID Terjun Jelajah Malaysia 2024 dan Kejohanan Bakat Terjun Kebangsaan yang diadakan sekitar April hingga Jun yang lalu.

Kem tersebut turut menerima kunjungan daripada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN PENAJAAN ANTARA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA DAN BUBBLES O2 SDN BHD

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Penajaan antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Bubbles O2 Sdn Bhd bertempat di MSN, Bukit Jalil pada Selasa.

YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN dan Cik Ain Azizah Arifin, Pengarah Urusan Bubbles O2 Sdn Bhd telah menandatangani MOA antara MSN dan Bubbles O2 Sdn Bhd. Bubbles O2 bersetuju untuk memberi tajaan tunai dan bekalan Air Mineral Beroksigen khusus kepada pembangunan sukan sehingga ke peringkat prestasi yang lebih tinggi.

Turut hadir sama, YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS dan Encik Arifin Marzuki, Pengerusi Eksekutif Bubbles O2 Sdn. Bhd.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PROGRAM SPORTS ICONS TOUR 2024

Majlis Sukan Negara menerusi Cawangan Wanita Dalam Sukan, Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita telah mengadakan Program Sports Icons Tour 2024 dengan kerjasama SMK Desa Tun Hussein Onn, Keramat, Kuala Lumpur telah diadakan pada 9 Julai 2024 bertempat di Laman Bestari, SMK DTHO.

Siri Sports Icons kali ini melibatkan tokoh sukan negara, Datuk Shalin Zulkifli (Tenpin Boling) dan dihadiri seramai 1000 orang pelajar dan 150 orang guru terlibat sama bagi tujuan interaksi, serta menimba pelbagai pengetahuan dan pengalaman bermakna dari segi akademik dan sukan.

Selain itu, bersempena dengan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris, Kempen Kita Semua Team MAS turut diadakan untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai perkembangan terkini sukan negara dan mengetahui persediaan atlet menjelang dua temasya sukan terbesar dunia itu.

Majlis Sukan Negara Malaysia