Hari kedua JCM Siri 6-2024 Iskandar Puteri, Johor diteruskan dengan perlumbaan lepasan beramai ramai di hadapan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Seramai 162 pelumba mewakili 23 pasukan mengambil bahagian hari ini dengan jarak perlumbaan sejauh 51.0km bagi kategori lelaki/wanita 15-16 tahun dan 101.5 km bagi kategori lelaki/wanita 17-18 tahun serta 19-21 tahun.
Pemenang bagi kategori lelaki bawah 17 tahun adalah Muhammad Danish Iman bin Mazlan, Terengganu, Mohammad Darwisy Hakimi bin Zarin dari Selangor bagi kategori bawah 19. Manakala pemenang kategori bawah 22, Zulfahmi Aiman bin Zulkarnain dari Terengganu Cycling Academy.
Pelepasan pelumba disempurnakan oleh En. Mohammad Taqiyuddin bin Poniran, Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Majlis Sukan Negeri Johor.








