Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives June 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PEMBELIAN SATU (1) UNIT VAN MAXUS V80 UNTUK KEGUNAAN MSN-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

110106 – KENDERAAN KEGUNAAN KHUSUS

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/035/2024 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN SATU (1) UNIT VAN MAXUS V80 UNTUK KEGUNAAN MSN
TARIKH BUKA : 25 JUN 2024 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 2 JULAI 2024 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Hafis Roslee (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929879

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
4 NATIONS PARA BADMINTON INTERNATIONAL 2024

(LEVEL 1)

Tempat : Glasgow, Scotland

Tarikh : 19 – 23 Jun 2024

KEPUTUSAN HARI KELIMA (5)

Tarikh : 23.06.2024

Final

MS WH1

Muhammad Ikhwan Ramli (MAS) WR4 / Choi Jungman (KOR) WR1

(14-21 / 15-21)

(Lost : 0 – 2)

MS SU5

Cheah Liek Hou (MAS) WR1 / Fang Jeng Yu (TPE) WR3

(21-12/ 21-19)

(Won : 2 – 0)

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Jun Hoong sedia jadi ‘sifu’

TANJUNG MALIM: Bekas ratu terjun negara Cheong Jun Hoong tidak menolak kemungkinan untuk kembali dalam arena sukan terjun negara sebagai jurulatih sekiranya diberikan peluang suatu hari nanti.

Namun, bekas juara dunia berusia 34 tahun itu berkata buat masa ini, beliau belum mempertimbangkan perkara itu secara serius kerana fokusnya adalah untuk menamatkan pengajian dalam bidang komunikasi di institusi pengajian tinggi tempatan.

“Kalau nak kata tak rindu itu tipulah, cuma untuk sementara ini saya memang tak fikir untuk jadi jurulatih namun jika selepas ini mungkin boleh jika ada ruang dan peluang.

“Saya sentiasa terbuka dan sedia membantu negara yang banyak membantu hingga saya berjaya menjadi juara dunia, tetapi buat masa ini saya nak buat banyak perkara yang saya tidak dapat buat ketika menjadi atlet,” katanya ketika ditemui hari ini.

Jun Hoong yang berasal dari Ipoh mencipta sejarah apabila muncul atlet terjun pertama negara memenangi gelaran juara dunia dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Dunia 2017 di Budapest, Hungary.

Beliau secara rasminya mengumumkan persaraannya pada Januari 2022.

Mengulas prestasi penerjun negara ketika ini, beliau mengakui terdapat penurunan dari segi pencapaian mereka namun menyifatkan situasi itu normal.

“Saya yakin prestasi mereka ini akan kembali meningkat berbekalkan program dan latihan berterusan yang dilakukan barisan kejurulatihan,” katanya. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Jennet ‘wakil’ Malaysia di Olimpik Paris

KUALA LUMPUR: Meskipun tiada atlet taekwando negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, Malaysia masih akan diwakili pada temasya sukan itu.

Ini selepas bekas atlet negara Lee Jeng Yen dipilih sebagai antara 26 pengadil untuk mengadili perlawanan Kyorugi (Sparing) pada acara sukan terbesar dunia dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Ini merupakan kali kedua guru di sebuah sekolah swasta itu dipilih sebagai pengadil di sukan Olimpik selepas mengadili perlawanan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Saya lebih teruja kali ini kerana sukan Olimpik terakhir diadakan ketika pandemik COVID-19 tanpa kehadiran penonton.

“Venue kali ini iaitu Grand Palais dijangka menerima kehadiran penonton yang ramai dan keunikan struktur serta reka bentuknya pasti akan memberikan pengalaman luar biasa,” katanya.

Bagaimanapun perjalanan Jeng Yen yang lebih dikenali sebagai Jennet ke Sukan Olimpik tidak mudah kerana perlu melalui beberapa pusingan pemilihan selama hampir setahun termasuk sesi penilaian dan kem latihan.

Jennet yang berusia 42 tahun itu perlu bersaing dengan hampir 100 calon lain dalam pemilihan di peringkat Asia dengan menjalani ujian teori, fizikal dan pengurusan permainan.

“Hanya 16 akan ke pusingan seterusnya yang terdiri daripada 58 calon terbaik dari seluruh dunia. Saya satu-satunya dari Malaysia. Kami kemudiannya menjalani satu lagi pusingan penilaian sebelum 26 pengadil dipilih masing-masing melibatkan 13 lelaki dan 13 wanita.

“Kami telah dinilai melalui pertandingan peringkat tertinggi seperti Kejohanan Dunia dan Grand Prix Taekwando Dunia serta Kelayakan Olimpik Paris untuk Oceania dan Afrika,” katanya.

Jennet pernah mewakili Malaysia dalam pelbagai pertandingan daripada Sukan SEA hingga Kejohanan Dunia antara 2009 dan 2016, selain turut berkhidmat sebagai jurulatih.

Kali terakhir atlet taekwando Malaysia layak bertanding di Olimpik ialah pada Sukan Olimpik Beijing 2008 menerusi Elaine Teo dan Che Chew Chan, masing-masing beraksi dalam kategori wanita bawah 57 kilogram (kg) dan lebih 67 kg. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
‘Menang satu emas lebih bermakna daripada 10 perak’

TANJUNG MALIM: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menaruh harapan kepada atlet negara dalam beberapa jenis sukan, bagi meraih pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menjelaskan lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.

“Atlet kita dalam sukan ini mempunyai prospek menyumbang pingat emas di temasya sukan terbesar dunia ini dan sudah tentu sasaran kita paling utama ialah pingat emas.

“Tidak sama perasaan jika seseorang itu mempunyai 10 pingat perak berbanding mempunyai hanya satu sahaja pingat emas, sudah pasti berbeza, jadi memang kita sepakat emas mesti digenggam,” katanya dalam sidang media di sini selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MOM dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), serta sambutan Hari Olimpik Sedunia 2024 hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dan Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Bagaimanapun Mohamad Norza berkata tugas merealisasikan impian emas Olimpik sulung negara itu, tidak hanya terletak atas lima sukan itu sahaja sebaliknya sukan lain turut dilihat berpeluang menempa nama di temasya berprestij itu.

“Kesemua atlet yang layak ke Olimpik bermaksud mereka turut punya peluang dapatkan pingat, malah mereka sudah berusaha empat tahun untuk sampai kepada peringkat itu, jadi sudah tentu mereka akan cuba sedaya upaya serta bukan sekadar sebagai ‘penumpang’ sahaja.

“Setiap mereka yang bergelar atlet pasti mengimpikan mereka mampu melayakkan diri ke Olimpik, jadi mereka sudah sampai ke tahap itu dan tugas kita sekarang adalah untuk berikan segala sokongan kepada mereka, agar dapat mempamerkan prestasi terbaik di Paris nanti,” katanya.

Mohamad Norza berkata setakat ini, atlet berada pada momentum terbaik bagi menggalas cabaran kutipan pingat menerusi temasya tersebut.

“Ada atlet kita yang telah berada di sana sebagai persiapan terakhir mereka, begitu juga beberapa sukan lagi yang ada perancangan mereka sendiri, cuma kita nasihatkan untuk waspada dengan persiapan masing-masing bagi mengelak risiko kecederaan.

“Saya harap semua atlet terlibat berada dalam keadaan terbaik dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum bermulanya saingan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 5,000 peserta terdiri dalam kalangan pelajar, kakitangan UPSI dan masyarakat sekitar Muallim, menyertai sambutan Hari Olimpik Sedunia 2024 yang turut diadakan serentak di lebih 200 negara, selain bertujuan meningkatkan keterujaan menjelang temasya Sukan Olimpik Paris. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM INSPIRE OKU AKTIF @ HUJUNG MINGGU 2024

Atlet para negara hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu yang beelangsung di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan untuk menjayakan inisiatif pembudayaan sukan serta gaya hidup sihat cergas di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).

Siapa lebih berhak ke Olimpik, Azeem atau Shereen?

KUALA LUMPUR: Tumpuan kini terarah kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam memutuskan siapa lebih berhak untuk diberikan tiket ‘wild card’ bagi beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Dua calon berada dalam senarai pendek iaitu jaguh pecut, Muhammad Azeem Fahmi dan pelari 400 meter (m) wanita, Shereen Samson Vallabouy.

Kedua-dua pelari itu terlepas tiket untuk layak secara merit baik menerusi had kelayakan mahupun kedudukan ranking.

Keputusan dihasilkan mereka di Terbuka Kazakhstan di Almaty, semalam yang menjadi kejohanan terakhir kelayakan masih belum cukup untuk layak secara automatik.

Prestasi Azeem sedikit terganggu susulan tiga ‘false start’ yang berlaku membabitkan tiga pelari negara lain ketika final acara 100m manakala Shereen tidak dicabar ketika mengungguli saingan 400m.

Azeem perlu muncul juara dan mencatat masa 10.20 saat (s) untuk melonjakkan kedudukan ranking kelayakan ke Paris dalam kelompok 56 terbaik sekali gus layak secara automatik.

Bagaimanapun, dia sekadar mencatat 10.37s untuk menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang pemenang emas, Puripol Boonson dari Thailand (10.23s) dan Kayhan Ozer dari Turkiye (10.25s).

Sementara itu, Shereen mencatat masa 52.60s untuk muncul juara saingan 400m.

Meskipun berjaya muncul juara tetapi dia gagal dalam satu lagi misinya yang mana dia perlu memperbaharui rekod kebangsaan miliknya 51.79s untuk menembusi kelompok 48 terbaik ranking kelayakan ke Paris.

Bekas jaguh pecut negara, Nazmizan Mohamad, berkata kedua-dua pelari itu mempunyai kekuatan masing-masing sekiranya dipilih untuk diberikan tiket ‘wild card’.

Bagaimanapun, Nazmizan, berpandangan Azeem dilihat mempunyai sedikit kelebihan memandangkan tiket ‘wild card’ yang ditawarkan hanya untuk acara 100m, 800m dan maraton.

Senario itu, katanya, membuatkan Shereen perlu beralih kepada acara 100m jika dipilih beraksi di Sukan Olimpik.

“Kalau Azeem yang dipilih pastinya lebih mudah kerana itu memang acara dia. Dia boleh terus fokus untuk persiapan ke Olimpik.

“Ambil contoh di Sukan Asia Hangzhou, dia lari sekitar 10.20s dan ketika final dia buat 10.11s untuk meraih gangsa. Apabila sudah terpilih, motivasi dan fokus pastinya sudah berbeza.

“Untuk Shereen, jika dia terpilih pun OK sebab 400m pun pecut juga. Dia sudah biasa berlatih dengan kepantasan.

“Namun, sudah tentu dia perlu menukar corak latihannya dalam masa terdekat ini untuk persiapan ke Sukan Olimpik,” kata Nazmizan kepada BH Sukan.

Nazmizan yang beraksi atas tiket ‘wild card’ di Sukan Olimpik Athens 2004 dalam acara 200m percaya KOM akan menilai semua aspek sebelum membuat keputusan.

“Kalau tengok acara yang ditawarkan itu, saya nampak Azeem ada kelebihan. Namun, semuanya terpulang kepada KOM untuk tentukan,” kata pemenang 100 dan 200m Sukan SEA Hanoi 2003 itu.

Sementara itu, Pengarah Teknikal KOM, Robert J Ballard, berkata keputusan pemilihan untuk atlet yang akan diberi tiket ‘wild card’ ke Paris akan ditentukan Jawatankuasa Pemilihan KOM itu dalam masa terdekat.

“Ia terpulang kepada jawatankuasa pemilihan untuk menentukan siapa yang layak diberikan tiket ‘wild card’,” katanya.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEJOHANAN ASIAN JUNIOR TENPIN BOWLING CHAMPIONSHIPS 2024

Sukan : TENPIN BOLING

Tarikh : 17 – 22 JUN 2024

Tempat : Sunway Pyramid

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

ACARA BOY’S MASTER

🥇 – Mohd Zarif Ikram (MAS A)

🥈 – Jovi Ma (HKG A)

🥉 – Ethan Damien Goh (MAS A)

OVERALL MEDAL TALLY

1. SINGAPORE – 5🥇& 1🥈

2. MALAYSIA – 3🥇, 1🥈& 2🥉

3. AUSTRALIA – 1🥇& 1🥉

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SARAWAK BERSEDIA MENERUSI TAKLIMAT CDM SUKMA XXI SARAWAK 2024

Sekretariat SUKMA Sarawak telah menunjukkan tahap kebersediaan sebagai penganjur menerusi Sesi Taklimat bersama Chef De Mission (CDM) Negeri-Negeri yang telah berlangsung mulai 21 hingga 23 Jun 2024.

Taklimat tersebut diadakan bagi memberi penjelasan kepada semua kontinjen yang terlibat mengenai operasi pengelolaan ke arah SUKMA XXI Sarawak 2024 disamping lawatan ke venue pertandingan di Kuching dan Perkampungan Sukan di UNIMAS.

Turut berlangsung sesi undian kumpulan khusus untuk Acara Bola Sepak Lelaki melibatkan penyertaan 13 Kontinjen disamping semua CDM turut hadir menyertai Larian Baton bersama YAB Premier Sarawak di Waterfront.

SRAM minta dana tambahan naik taraf Pusat Skuasy Nasional

KUALA LUMPUR: Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) memohon dana tambahan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menaik taraf gelanggang di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Presiden SRAM Gerard Monteiro berkata gelanggang skuasy di venue itu tidak pernah menjalani proses naik taraf sejak 1998 dan kini sedang menjalani kerja-kerja naik taraf termasuk melibatkan atap serta sistem pengudaraan.

“Kami berharap dapat menyiapkannya menjelang pertengahan tahun depan. Kami cuba mendapatkan sedikit peruntukan daripada KBS untuk menukar gelanggang memandangkan Kejohanan Dunia di Mesir baru-baru ini sudah beralih menggunakan lantai kaca.

“Kita perlu mengikuti perkembangan zaman jika mahu memastikan pemain kekal berdaya saing di peringkat dunia,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) SRAM di sini hari ini.

Gerard berkata 10 gelanggang latihan perseorangan sedia ada di pusat itu bakal berwajah baharu apabila menggunakan lantai kaca mengikut standard terkini antarabangsa.

“Kami yakin ia mampu menjadi kenyataan meskipun peruntukan daripada KBS adalah untuk tahun depan tetapi kami harap dapat (dana tambahan),” katanya.

Terdahulu, pada AGM itu menyaksikan badan induk sukan berkenaan mengekalkan kesemua jawatan utama bagi penggal 2024-2025. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia