SAMBUTAN KEPULANGAN PASUKAN MEMANAH KEBANGSAAN DARI ANTALYA, TURKIYE

Pasukan Memanah Kebangsaan telah tiba di KLIA daripada Kejohanan Antalya 2024 Hyundai Archery World Cup Stage 3 bertempat di Turkiye pada Rabu jam 5.30 petang.

Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 18 hingga 24 Jun yang lalu dan kontinjen negara telah memenangi 1 pingat perak menerusi Ariana Nur Dania, Nurul Azreena dan Syaqiera Mashayikh sekaligus layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 dalam acara Pasukan Recurve Wanita.