YBrs. Abdul Rashid Yaakub dan YM Profesor Madya. Dr. Raja Mohamed Firhad Raja Azidin, Dekan Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM telah menandatangani MOA antara MSN bersama UiTM bertempat di MSN, Bukit Jalil pada Jumaat.
Perjanjian penyelidikan bersama telah dimeterai ini adalah untuk mengukur keberkesanan pengurusan sukarelawan penganjuran sukan prestasi tinggi dan pembangunan modul untuk melahirkan sukarelawan sukan yang berkemahiran dan beretika.
Diharapkan dengan kerjasama ini, dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua pihak dalam melahirkan lebih ramai sukarelawan yang berkemahiran dan berpengetahuan bagi sesuatu kejohanan dan temasya.







