JELAJAH ROAD TO PARIS 2024 – SMK SRI SENTOSA

Siri Jelajah Road To Paris 2024 diteruskan lagi dengan destinasi ke Zon Tengah meliputi Wilayah Persekutuan KL dan Selangor.

SMK Sri Sentosa merupakan bekas sekolah atlet Para Badminton, Cheah Liek Hou.

Jelajah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan penglibatan masyarakat kepada Kontinjen Negara dan menanam semangat ‘sense of belongings’ di kalangan rakyat Malaysia bersempena temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2024.