Kejohanan Junior Cycling Malaysia Siri 5-2024 telah berlangsung pada 7 hingga 9 Jun 2024 bertempat di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Acara Ujian Masa Perseorangan bagi Siri 5-2024 bermula dan tamat di Hadapan d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Sejauh 17.3km jarak perlumbaan yang melibatkan seramai 100 pelumba mewakili 22 pasukan negeri dan kelab terpilih yang mengambil bahagian bagi acara ini.
Kejohanan diteruskan dengan Acara Lepas Beramai- ramai Siri 5-2024. Seramai lebih 217 pelumba dari 22 pasukan negeri dan kelab. Pelumba berumur dari kategori bawah 16 tahun hingga 21 tahun yang mengambil bahagian dengan jarak perlumbaan sejauh 47.8km bagi kategori bawah 16 tahun dan 111.6km (55.8km x 2 laps) bagi kategori bawah 21 tahun.
Hari terakhir kejohanan Junior Cycling Malaysia Siri 5-2024 diteruskan dengan acara Kriterium dan pushbike, penyertaan seramai 450 peserta yang merangkumi 18 kategori dari peringkat umur 3 hingga 22 tahun.
Majlis Pelepasan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Sabuddin bin Haji Sani, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan.









