Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives June 11, 2024

Penyokong Harimau Malaya punca Taiwan kalah – White

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Taiwan, Gary White seakan memberi bayangan bahawa kekalahan 1-3 pasukannya kepada Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi dibantu oleh penyokong Harimau Malaya.

Mengakui penyokong Harimau Malaya mencetuskan atmosfera yang menakjubkan, pengendali dari England itu tetap berbangga dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya terutama pada babak pertama.

Beliau berkata, faktor kepenatan menjadi antara punca pasukannya bolos dengan jaringan ketiga Harimau Malaya pada penghujung perlawanan.

“Pertama sekali saya ingin katakan, terbaik. Penyokong anda sangat menakjubkan dan anda patut berbangga dengan mereka,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

“Babak pertama kami mendahului 1-0 dan mungkin patut jadi 2-0 sebelum rehat. Kami kurang menjadi di dalam kotak penalti dan gagal menambah jaringan.

“Namun, saya bangga dengan semangat dan keinginan pemain yang mana mereka menunjukkan perjuangan mewakili rakyat Taiwan.”

Kekalahan kepada Harimau Malaya menyaksikan Taiwan menamatkan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di kedudukan tercorot Kumpulan D tanpa sebarang mata apabila tewas semua enam perlawanan.-Berita Harian

JELAJAH ROAD TO PARIS 2024

Jelajah Road To Paris 2024 Zon Utara diteruskan dengan SJK (C) Keat Hwa H menjadi destinasi pertama. SJK (C) Keat Hwa H merupakan sekolah jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia dan pemain beregu wanita, Pearly Tan.

SMK Bedong menjadi persinggahan kedua dimana ia merupakan sekolah atlet para memanah negara, S.Suresh.

SMK Jalan Paya Besar adalah destinasi terakhir hari ini dan ia adalah sekolah seorang lagi atlet para memanah, G.Daneshen.

Jelajah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan penglibatan masyarakat kepada Kontinjen Negara dan menanam semangat ‘sense of belongings’ di kalangan rakyat Malaysia bersempena temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2024.

Beregu negara tepati ramalan

Kuala Lumpur: Dua beregu lelaki muda negara, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian dan Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King menepati ramalan apabila mengesahkan tiket ke pusingan kedua Terbuka Australia.

Haikal-Hon Jian yang tampil sebagai pilihan ketiga tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil tuan rumah, Jordan Yang-Frederick Zhao 21-9, 21-11 dalam tempoh 25 minit pada aksi pusingan pertama di Sydney Olympic Park, hari ini.

Pasangan ranking ke-26 dunia itu akan menentang pemenang perlawanan antara gandingan Australia, Aneesh Nirmal-Emmanuel Stephen Sam dengan beregu India, Rajain Abhimanyu-Aman Nandal bagi perebutan tiket ke suku akhir, Khamis ini.

Sementara itu, Arif-Roy King hanya memerlukan 20 minit untuk melangkah ke kelompok 16 terbaik menerusi kemenangan ke atas pasangan Australia, Chin Hin Lam-Fu Zi Qiang 21-8, 21-7 pada aksi pusingan pertama.

Pilihan keempat kejohanan itu seterusnya akan menentang gandingan dari Australia dan England, Ooi Yi Hern-Steven Stallwood pada pusingan kedua.

Kedua-dua pasangan ini dijangka tidak berdepan masalah untuk melangkah ke separuh akhir, namun dijangka berdepan lawan sukar di peringkat empat terbaik itu.

Jika tiada masalah, Hon Jian-Haikal bakal bertemu pilihan utama dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu di separuh akhir, manakala Arif-Roy King pula bakal berdepan beregu berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Hon Jian-Haikal yang mara ke suku akhir Terbuka Thailand memburu penamat yang baik selepas kecundang di pusingan kedua Masters Malaysia dan pusingan pertama Terbuka Indonesia.

Manakala Arif-Roy King pula tentunya mahu meneruskan rentak cemerlang selepas muncul naib juara Masters Sepanyol, suku akhir Terbuka Thailand dan separuh akhir Masters Malaysia.-Harian Metro

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MoA) ANTARA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA DAN PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah hadir ke Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) pada 11 Jun 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Perjanjian yang ditandatangani antara MSN dan PSK ini merupakan inisiatif KBS dalam memperkukuhkan tatakelola pengurusan PSK melalui pelaksanaan program Podium dan Pelapis Kebangsaan.

Kaedah empowerment ini akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2024 dimana peruntukan kewangan akan disalurkan berdasarkan pelan latihan yang telah dipersetujui. Sebanyak 17 PSK yang telah hadir pada sesi perjanjian tersebut.

KEJOHANAN JUNIOR CYCLING MALAYSIA SIRI 5-2024

Kejohanan Junior Cycling Malaysia Siri 5-2024 telah berlangsung pada 7 hingga 9 Jun 2024 bertempat di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Acara Ujian Masa Perseorangan bagi Siri 5-2024 bermula dan tamat di Hadapan d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Sejauh 17.3km jarak perlumbaan yang melibatkan seramai 100 pelumba mewakili 22 pasukan negeri dan kelab terpilih yang mengambil bahagian bagi acara ini.

Kejohanan diteruskan dengan Acara Lepas Beramai- ramai Siri 5-2024. Seramai lebih 217 pelumba dari 22 pasukan negeri dan kelab. Pelumba berumur dari kategori bawah 16 tahun hingga 21 tahun yang mengambil bahagian dengan jarak perlumbaan sejauh 47.8km bagi kategori bawah 16 tahun dan 111.6km (55.8km x 2 laps) bagi kategori bawah 21 tahun.

Hari terakhir kejohanan Junior Cycling Malaysia Siri 5-2024 diteruskan dengan acara Kriterium dan pushbike, penyertaan seramai 450 peserta yang merangkumi 18 kategori dari peringkat umur 3 hingga 22 tahun.

Majlis Pelepasan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Sabuddin bin Haji Sani, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan.

PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN PERALATAN DISASTER RECOVERY CENTRE (DRC) UNTUK MSN NILAI-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Sembilan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

210102 – HARDWARE (HIGH END TECHNOLOGY)

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/033/2024 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN PERALATAN DISASTER RECOVERY CENTRE (DRC) UNTUK MSN NILAI
TARIKH BUKA : 11 JUN 2024 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 19 JUN 2024 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Mohamad Zamri Napiah (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929856

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

PERKHIDMATAN INSURANS KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK UNTUK ATLET MSN-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221801 – PERKHIDMATAN KEWANGAN & INSURANS

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/030/2024 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN INSURANS KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK UNTUK ATLET MSN
TARIKH BUKA : 11 JUN 2024 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 19 JUN 2024 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Shahashuhaida Tarmuzi (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929006

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia