Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Masuk gelanggang dengan mentaliti menang

TIGA beregu badminton utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) perlu memanfaatkan Terbuka Indonesia Super 1000 pentas kebangkitan selepas aksi hambar sebelum ini.

Malah bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj mengharapkan ketiga-tiga gandingan itu menampilkan corak permainan lebih matang sebagai pemain dalam kelompok 15 terbaik dunia.

Bekas pemain perseorangan lelaki negara itu juga berharap ketiga-tiga gandingan yang mengalas cabaran negara di Sukan Olimpik Paris 2024 menampilkan aksi lebih bijak dalam gelanggang tanpa perlu bergantung kepada arahan jurulatih.

Status naib juara edisi 2023 taruhan untuk Aaron-Wooi Yik menampilkan aksi lebih bertenaga di Kejuaraan Super 1000 ini.

Status naib juara edisi 2023 taruhan untuk Aaron-Wooi Yik menampilkan aksi lebih bertenaga di Kejuaraan Super 1000 ini.

“Ini masa terbaik perbaiki setiap kelemahan yang terdapat selepas prestasi yang kurang menyakinkan di Terbuka Singapura dan Malaysia Masters sebelum ini.

“Mereka perlu memiliki keinginan selain kekuatan mental tinggi untuk menang sebaik memasuki gelanggang yang semestinya ditampilkan dengan gaya permainan.

“Paling penting pada tahap ini mereka perlu sentiasa berkomunikasi dengan pakar psikologi bagi meningkatkan semula keyakinan yang akan dijelmakan dengan keputusan dalam gelanggang,” katanya.

Sebagai rekod, pusingan pertama Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 1000 di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, bakal menyaksikan naib juara edisi 2023, Aaron-Wooi Yik nombor lima dunia berdepan wakil Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Joshua Yuan (43 dunia).

Sementara itu, Pearly-Thinaah (13) pula membuka gelanggang berdepan pasangan nombor 43 dunia dari Taiwan, Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui.

Tang Jie-Ee Wei, tersingkir awal edisi 2023 dijangka memberi aksi sehabis baik berdepan Seung-jae-Yu-jung.

Tang Jie-Ee Wei, tersingkir awal edisi 2023 dijangka memberi aksi sehabis baik berdepan Seung-jae-Yu-jung.

Gandingan nombor sembilan dunia, Tang Jie-Ee Wei yang terkandas di pusingan awal edisi 2023 akan menentang beregu ranking empat dunia dari Korea Selatan, Seo Seung-jae-Chae Yu-jung.

TERBUKA INDONESIA SUPER 1000

PERSEORANGAN LELAKI

Lee Zii Jia (9) lawan Ng Ka Long Angus, Hong Kong, (22)

Leong Jun Hao (36) lawan Jonatan Christie, Indonesia, (3)

PERSEORANGAN WANITA

Goh Jin Wei (34) lawan Wang Zhi Yi, China, (6)

BEREGU LELAKI

Man Wei Chong-Kai Wun Tee (20) lawan Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae, Korea Selatan, (3)

Low Hang Yee-Ng Eng Cheong (53) lawan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, Taiwan, (12)

Choong Hon Jian-Haikal Muhammad (26) lawan Lee Yang-Wang Chi-Lin, Taiwan, (9)

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Ramsani (14) lawan Dong Adam (Xingyu)-Nyl Yakura, Kanada, (35)

BEREGU WANITA

Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (39) lawan Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam, Hong Kong, (21)

BEREGU CAMPURAN

Choong Hon Jian-Go Pei Kee (48) lawan Tang Chun Man-Tse Ying Suet, Hong Kong, (7)

Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (16) lawan Lee Chun Hei Reginald-Ng Tsz Yau, Hong Kong, (22)

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (23) lawan Koceila Mammeri – Tanina Mammeri, Algeria, (46)

Yap Roy King-Valeree Siow (51) lawan Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, China (5)

*Dalam kurungan nombor ranking dunia

-Sinar Harian