Majlis Sukan Negara menerusi Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita telah menganjurkan Kem Bakat Kebangsaan Sukan Pelayaran pada 13 hingga 18 Mei 2024 bertempat di Pusat Pelayaran Langkawi.
Penganjuran kem ini telah menghimpunkan seramai 60 orang atlet untuk diberi pendedahan kepada atlet dan jurulatih pelayaran negeri serta bakat dalam mempelajari dan penambahbaikan konsep latihan.








