Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives May 21, 2024

KEM BAKAT KEBANGSAAN SUKAN PELAYARAN 2024

Majlis Sukan Negara menerusi Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita telah menganjurkan Kem Bakat Kebangsaan Sukan Pelayaran pada 13 hingga 18 Mei 2024 bertempat di Pusat Pelayaran Langkawi.

Penganjuran kem ini telah menghimpunkan seramai 60 orang atlet untuk diberi pendedahan kepada atlet dan jurulatih pelayaran negeri serta bakat dalam mempelajari dan penambahbaikan konsep latihan.

KARNIVAL BAKAT KEBANGSAAN MELAKA SIRI 2/2024

Karnival Bakat Kebangsaan kini kembali!!! Kali ini negeri Melaka menjadi destinasi 883 atlet remaja dari seluruh negara untuk berentap dalam 4 jenis sukan tempur.

Karnival edisi kedua tahun ini yang berlangsung dari 23 hingga 26 Mei ini mempertandingkan sukan Taekwondo, Karate, Judo dan Tinju di venue-venue sekitar Bandaraya Bersejarah Melaka.

Ayuh warga sukan ke negeri Melaka untuk sama-sama meriahkan Karnival Bakat Kebangsaan Siri 2/2024.

Ke Melaka kita ber!!!

KOBE 2024 PARA ATHLETICS WORLD CHAMPIONSHIPS

TARIKH : 12 – 25 MEI 2024

TEMPAT : KOBE, JEPUN

Keputusan : Hari Kelima (21/5/2024)

Acara : Lontar Peluru F20

Peringkat : Akhir

Atlet :

1)Muhammad Ziyad : 17.29m

2)Mohamad Aliff : 13.75m

Penyertaan : 9 atlet / 7 negara

PB :

1)Muhammad Ziyad : 17.29m

2)Mohamad Aliff : 13.75m

SB :

1)Muhammad Ziyad : 16.62m

2)Mohamad Aliff : 12.61m

WR : 17.57m

Keputusan:

🥇Muhammad Ziyad (MAS) – 17.43 *New PB dan New Asian Record*

🥈Soane Luka (FRA) – 15.92m

🥉Jordi Patricio (ECU) – 15.80m

Rank 7 : *Mohamad Aliff (MAS) – 13.48m New SB*

Catatan:

1)Ziyad berjaya memenangi pingat Emas dan berjaya memecahkan *Rekod Baru Asia* yang juga milik beliau sendiri pada tahun 2017.

Majlis Sukan Negara Malaysia