YBrs. Encik Azrul Hisyam Abdul Jalil, Pengarah Bahagian Atlet telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Atlet Bilangan 1 bagi tahun 2024 telah diadakan pada 20 Mei 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi ruang atlet-atlet yang mewakili sukan masing-masing menyalurkan maklumat berkenaan permasalahan berkaitan keperluan latihan, penginapan yang dapat dibincang dan diselesaikan bersama. Selain itu, ia merupakan sebagai platform wakil atlet untuk mengutarakan berkenaan kebajikan, kerjaya serta pendidikan.
Mesyuarat ini juga dapat menjadi medan buat pengurusan MSN menyalurkan maklumat-maklumat program latihan semasa yang perlu dimaklumkan kepada semua atlet. Antara perwakilan atlet yang hadir termasuklah dari sukan Akuatik renang, terjun, gimrama, menembak, tenpin boling, karate,pencak silat, wushu, sepak takraw, skuasy, ping pong, olahraga, taekwondo dan angkat berat.