Satu kursus Sains Sukan tahap 1 telah diadakan pada 13 hingga 17 Mei 2024 bertempat di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang. Kursus ini merupakan anjuran Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita, MSN dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), ISN.
Seramai 32 orang peserta telah hadir ke kursus yang telah berlangsung selama 5 hari itu merupakan salah satu komponen di dalam Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) yang digunakan oleh jurulatih untuk permohonan lesen kejurulatihan di seluruh negeri bagi meneruskan kerjaya sebagai jurulatih sukan.







