Unit Perkhidmatan Makanan, Cawangan Hospitaliti Majlis Sukan Negara telah mengadakan Promosi Makanan bertemakan Nutrisi – Prebiotik dan Probiotik di Kafeteria Atlet Time Out MSN Bukit Jalil pada waktu Makan Tengah Hari, hari ini.
PROBIOTIK ialah ‘bakteria baik’ yang terdapat secara semulajadi di dalam usus dan dalam beberapa jenis makanan yang boleh menggalakkan kesihatan penghadaman. PREBIOTIK pula ialah bahan yang menggalakkan pertumbuhan dan aktiviti mikro organisma (probiotik) di dalam usus.
Pelbagai menu istimewa dan menarik menggunakan sumber-sumber Probiotik dan Prebiotik telah disediakan kepada atlet negara bagi meningkatkan kesedaran serta menambahkan pengetahuan atlet mengenai khasiat Probiotik dan Prebiotik di dalam kesihatan usus.
Antara menu istimewa yang disediakan adalah Teriyaki Tempe Vege Burger, Kimchi Cheese on Toast, German Sauerkraut & Potato Ball, Gherkin, Blueberry Yoghurt Cheese Cake dan Iced Black Tea Lemonade.
Menu disediakan oleh Chef profesional di Kafeteria Atlet dengan seliaan Pegawai Dietetik MSN, Puan Sahazliza dan Puan Haslina.









