JCM Siri 4-2024 Perlis bermula hari ini dengan acara lumba berperingkat yang bermula di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. Seramai 110 pelumba mewakili 18 pasukan telah mengambil bahagian dengan jarak perlumbaan sejauh 108.3km.
Pelumba nombor 111, Muhammad Faheem Razen bin Zaini dari Pasukan Johor berjaya menyarung jersi kuning. Jersi hijau menjadi milik M. Iskandariah Medina manakala jersi merah berjaya ditawan oleh Nasrul Firas bin Ridzuan, masing-masing dari Team Aqua Two Cyclomotion.
Pelepasan pelumba telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Azraai Zain bin Tusimin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis bersama Puan Siti Jueriana daripada Unit Komunikasi Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.











