Majlis Sukan Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada Ahli EXCO FAMEMAS pada 6 Mei 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.
Pertemuan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN bersama YBrs. Encik David Foo, Setiausaha Perhubungan Awam FAMEMAS itu bertujuan untuk memperkenalkan ahli EXCO yang baharu serta membincangkan perancangan dan matlamat FAMEMAS bagi tahun 2024.
KUALA LUMPUR: Adakah jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng akan bersara?
Persoalan itu timbul selepas Tat Meng, 57, memaklumkan yang saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China yang berakhir Ahad lalu adalah yang terakhir dalam kerjayanya selaku jurulatih.
Perkembangan itu menyaksikan tiada lagi kelibat jurulatih berkenaan pada edisi 2026 di Horsens, Denmark.
Tat Meng berkata, ia adalah kenangan terindah buat dirinya dapat bersama skuad negara mengakhiri kejohanan berprestij di Chengdu itu di tempat ketiga.
“Terima kasih kepada seluruh pasukan di atas usaha sehingga berjaya mengakhiri kejohanan di tempat ketiga. Ia adalah minggu yang sangat bermakna dan tidak dapat dilupakan untuk saya.
“Terutama sekali ini adalah kali terakhir dalam kerjaya kejurulatihan saya menyertai kejohanan berpasukan berprestij dunia ini (Piala Thomas).
“Terima kasih kepada semua di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada saya. Tidak sabar untuk menyaksikan pasukan Malaysia sekali lagi menjadi juara Piala Thomas,” kata Tat Meng menerusi hantaran di Instagram miliknya, semalam.
Ketika ini, dia masih lagi mempunyai kontrak bersama Team LZJ dan sedang giat mempersiapkan Zii Jia bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.
Tat Meng mula membimbing pemain perseorangan profesional lelaki negara itu pada Julai tahun lalu.
Sebelum itu, dia menggalas tugas selaku ketua jurulatih perseorangan Hong Kong selama setahun selepas empat tahun bersama Persatuan Badminton Korea (BKA) yang menyaksikan dia turut membimbing perseorangan wanita nombor satu dunia ketika ini, An Se Young.-Berita Harian