Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives April 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PEMBELIAN PERALATAN LATIHAN PODIUM, PELAPIS KEBANGSAAN DAN NEGERI BAGI SUKAN PARA RENANG TAHUN 2024-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

                                    030501– PERALATAN SUKAN

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/023 /2024 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN PERALATAN LATIHAN PODIUM, PELAPIS KEBANGSAAN DAN NEGERI BAGI SUKAN PARA RENANG TAHUN 2024
TARIKH BUKA : 5 APRIL 2024 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 18 APRIL 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

        Lobi Aras 1 (Belakang)
        Bangunan Pentadbiran
        Majlis Sukan Negara Malaysia
        Kompleks Sukan Negara
        57000 Bukit Jalil
        Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Fuzaimie Shamsudin (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929745

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA MEMBAIKI DAN MENUKARGANTI KEROSAKAN LIFT DI BANGUNAN VISTA, BANGUNAN CASA 2 & BANGUNAN CASA 3, MSN BUKIT JALIL UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 Ke atas, Kategori MEPengkhususan M03 berdaftar di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/003/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MEMBAIKI DAN MENUKARGANTI KEROSAKAN LIFT DI BANGUNAN VISTA, BANGUNAN CASA 2 & BANGUNAN CASA 3, MSN BUKIT JALIL UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 5 APRIL 2024 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 19 APRIL 2024 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani

Hulu Langat: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menangani isu surat layang membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sekiranya terdapat bukti kukuh.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata ini kerana SPRM turut menjadi anggota dalam Jawatankuasa Intergriti FAM, selain pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya percaya SPRM akan melakukan yang terbaik untuk melihat isu-isu yang telah dibangkitkan, tetapi saya nak tunggu dulu bukan setakat surat layang.

“Jika ada laporan, saya percaya KBS akan hubungi SPRM untuk lihat apa langkah yang boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sebagai Pelaksana Rintis Kursus EV dan Hibrid di sini, hari ini.

‘Surat layang’ dalam bentuk e-mel itu yang antara lain membangkitkan isu mengenai kepimpinan dan pengurusan FAM, tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Yakin isu itu telah dijawab dalam Kongres Tahunan FAM ke-60, baru-baru ini, Hannah berharap agar FAM boleh menguruskan isu itu sekiranya ia berpunca daripada masalah dalaman.

“Saya percaya FAM telah jawab (isu surat layang) tetapi saya tunggu.. kalau setakat surat layang memang susah..

“Dalam semua syarikat, tempat (kerja) saya percaya surat layang itu satu kebiasaan, tetapi kalau ada laporan yang dibuat yang itu kita akan ambil (tindakan),” katanya.

Sementara itu, Hannah turut mengucapkan tahniah kepada jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan di atas kejayaannya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

“Saya harap mulai sekarang sehingga waktu ke Paris nanti beliau akan terus tunjukkan kemajuan. Syabas dan selamat maju jaya kepada Aniq,” katanya.-Harian Metro

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Tak boleh lawan fizikal, skuad B-23 perlu bijak – Garrido

Kuala Lumpur: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara menunjukkan perkembangan positif menjelang sepak mula Piala Asia B-23 selepas pemain dapat menterjemahkan perancangan dimahukan barisan kejurulatihan di atas padang.

Bagaimanapun, pengendali skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido melihat cabaran sebenar perlu diharungi skuad Harimau Muda adalah bagaimana untuk mengekalkan corak permainan yang dimahukan ketika berdepan pasukan lebih mantap di Qatar nanti.

“Saya berpuas hati dengan perkembangan pemain dan kita berbincang dengan mereka mengenai identiti dan corak permainan kita.

ADVERTISING

“Sudah tentu ada penambahbaikan perlu dilakukan, tetapi kita dapat melakukan apa yang dirancang dengan baik.

“Cabaran kita selepas ini adalah untuk mengekalkan corak permainan sama apabila berdepan pasukan kuat nanti. Sudah tentu ia akan menjadi bertambah sukar buat kami,” kata Garrido.

Sebagai rekod, skuad B-23 diundi dalam Kumpulan D bagi edisi kali ini bersama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam.

Dalam perkembangan sama, Garrido mengakui aspek fizikal bukanlah satu kekuatan buat anak buahnya selepas mengambil kira mereka akan berdepan dengan pasukan terkenal dengan kelebihan fizikal seperti Kuwait dan Uzbekistan.

“Sudah tentu ini bukanlah kekuatan kita kerana kita masih dalam pramusim. Tetapi kita perlu menggunakan kelebihan yang ada dengan pemain dibawa ke Qatar.

“Kita tidak boleh menewaskan lawan dengan kekuatan mereka, jadi kita perlu bermain dengan bijak dan gunakan kelebihan yang kita ada,” katanya.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MSN pertahan keputusan benarkan jurulatih dikaitkan kes seksual kembali bertugas

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan bahawa proses siasatan menyeluruh dan terperinci sudah dilakukan berhubung kes salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang negara dan keputusan membenarkannya kembali meneruskan tugas adalah tepat.

MSN dalam satu kenyataan, hari ini berkata keputusan itu dibuat setelah hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jawatankuasa Salah Laku dan Perlindungan Dalam Sukan (JSPS) MSN mendapati tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.

“Sebagai makluman, Jawatankuasa Salah Laku dan Perlindungan Dalam Sukan MSN telah menemubual 11 saksi dan meneliti keterangan dalam dokumen-dokumen berkaitan sebelum mencapai keputusan berkenaan.

“Adalah menjadi komitmen MSN untuk sentiasa mengutamakan persekitaran selamat kepada semua pihak yang terbabit dalam program latihan kendalian MSN dan MSN tidak pernah berkompromi dengan sebarang perlakuan yang memudaratkan atlet-atlet negara,” katanya.

Pada masa sama, MSN mengingatkan semua pihak bahawa kesejahteraan mental dan fizikal atlet-atlet dan jurulatih perlu sentiasa diutamakan dan sebarang dakwaan tanpa mengemukakan bukti-bukti mampu menjejaskan mereka yang dalam persiapan untuk menghadapi temasya sukan utama dunia.

MSN sebelum ini memaklumkan dakwaan aduan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang negara seperti yang dilaporkan media sebelum ini kini diklasifikasikan sebagai ‘No Further Action’ (Tiada Tindakan Lanjut).

Ini selepas polis yang melakukan siasatan pada 26 Mac lalu memaklumkan kepada MSN bahawa kes ini diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut kerana tiada bukti yang menyokong dakwaan berkenaan.

MSN turut memutuskan supaya jurulatih berkenaan dibenarkan kembali untuk melatih perenang para negara yang sedang dalam persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PAHANG PERKEMAS PERSIAPAN KE SUKMA SARAWAK 2024

KUANTAN, 4 APRIL 2024 : Kerajaan Pahang sedang memperkemas persiapan kontinjen Pahang yang akan berentap pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 pada Ogos nanti.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal berkata, Pahang optimis untuk memperbaiki kedudukan negeri itu pada SUKMA sebelum ini.

“Sekarang masa untuk persatuan sukan buktikan kemampuan mereka melalui penetapan pingat yang telah dipersetujui pada hari ini dan Pahang serius untuk memperbaiki kedudukan dari tangga kesembilan pada SUKMA sebelum ini ke kedudukan yang lebih baik.

“Saya menyatakan tadi hasrat tersebut kepada semua pengurus dan jurulatih dan mereka faham kesungguhan Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Sukan Pahang dan saya optimis bahawa sasaran untuk menduduki sekurang-kurangnya empat ke lima pada SUKMA kali ini mampu dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sesi Perjumpaan YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang bersama Pengurus Dan Jurulatih Pasukan SUKMA Pahang 2024 di Hotel Swissbel, Kuantan.

Pada SUKMA Sarawak kali ini, Pahang menghantar seramai 796 kontinjen terdiri daripada 327 atlet lelaki manakala 276 atlet wanita.

Beliau berharap segala keprihatinan dan kesungguhan Kerajaan Pahang dalam memartabatkan sukan tanahair akan dapat memberikan kemenangan dan mengharumkan nama Pahang di SUKMA Sarawak 2024 nanti. – PAHANGMEDIA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Khairul Hafiz belum mahu mengalah

KUALA LUMPUR: Bekas raja pecut Sukan SEA, Khairul Hafiz Jantan masih mengintai peluang untuk mencetuskan impak di temasya itu tahun depan apabila ia berlangsung di Bangkok, Thailand.

Atlet berusia 26 tahun itu, berkata fokus dia kini adalah untuk konsisten mencatat masa bawah 10.30 saat (s) bagi memastikan dia kekal relevan dalam kalangan pelari pecut terbaik negara.

“Tahun lalu, tahun yang agak baik buat saya. Walaupun saya tak berpuas hati dengan catatan masa itu (10.34s) tetapi berlari tanpa kecederaan membuatkan saya berasa lebih bersemangat.

“Sekarang ini saya sasar untuk buat lebih bagus mungkin boleh turun ke 10.33, 10.30 atau 10.29s dan biarpun peluang untuk ke Sukan Olimpik sudah tertutup kerana kita ada Muhammad Azeem Fahmi tetapi itu bukan penghalang untuk saya mencatatkan masa lebih baik.

“Fokus saya sekarang adalah untuk layak ke Sukan SEA dan saya mahu menghadiahkan pingat buat negara,” katanya yang mempunyai catatan peribadi terbaik 10.18s bagi acara 100m ketika melakukannya di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak pada 2016.

Sebagai rekod, Khairul Hafiz pernah memenangi pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara 100m dengan catatan 10.38s.

Sebelum ini, Pengarah Kejurulatihan Olahraga negara, Robert Ballard memaklumkan bahawa setiap atlet perlu melepasi piawaian yang ditetapkan jika ingin menyertai kejohanan di luar negara.

Bagi atlet pecut, mereka perlu mencatatkan masa sekitar 10.3s dengan Khairul Hafiz bersedia menyahut cabaran itu.

“Ia satu cabaran buat saya. Ia bagus juga selain tak membazirkan duit yang dilaburkan kepada atlet, ia juga meletakkan saya dalam kedudukan sasaran 10.3s

“Andai melepasi masa itu, saya boleh terus perbaiki lagi dan lagi,” katanya.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN 100PLUS SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Majlis Penyampaian Sumbangan 100PLUS sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) pada Khamis bertempat di MSN, Bukit Jalil. Seramai 9 orang atlet yang tersenarai dipilih sebagai penerima sumbangan pada tahun 2024.

MSN telah berkolaborasi bersama F&N Beverages Sdn. Bhd. melalui 100PLUS dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 untuk memberi sumbangan kepada atlet-atlet negara seterusnya dapat meringankan beban bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Program CSR ini merupakan tahun ketiga diadakan oleh 100 PLUS dengan kerjasama YAKEB memberi sumbangan kepada bekas-bekas atlet sahaja dan tahun ini merupakan kali pertama pihak 100PLUS menyalurkan sumbangan kepada atlet-atlet dalam program MSN.

Turut hadir sama, YBrs. En Encik Norazrin bin Norsyam Yee, Pengarah Penglibatan Kerajaan & Industri Fraser & Neave Holdings Bhd.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS KHATAM ALQURAN 1445H PERINGKAT MSN 2024

Demi memupuk rasa cintakan Al-Quran, Program Tadarus Al-Quran peringkat Majlis Sukan Negara sempena ramadan 1445H yang bermula dari tarikh 13 hingga 27 Mac, telah tiba ke penghujungnya.

Sebagai penutup program, satu majlis khatam Al-Quran diadakan di Surau Al-Faizin Majlis Sukan Negara, pada 4 April menyaksikan kehadiran 67 peserta khatam Al-Quran yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Majlis yang dipimpin oleh Pegawai Agama Msn, Al-fadhil Ustaz Arfah Hosnani, turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Encik Abdul Rashid Yaakub serta barisan pengurusan tertinggi jabatan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Aniq belum cukup ummph!

PERSATUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) akan melihat semula pendekatan lebih efektif bagi meningkatkan prestasi jagoan angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan selepas badang negara tersebut mengesahkan slot secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 di Perancis.

Malah presidennya, Datuk Ayub Rahmat menegaskan pencapaian pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 semasa kempen kelayakan terakhir di Phuket, Thailand pada Selasa tidak menggambarkan keupayaan sebenar atlet kelahiran Segamat, Johor tersebut.

Katanya, beliau sememangnya menjangkakan Aniq akan layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 berdasarkan kedudukan ranking dan prestasi semasa atlet tersebut.

“Cumanya kami terkilan persembahan beliau kurang memuaskan tambahan pula gagal capai sasaran angkatan keseluruhan 300 kilogram.

“Agak malang sedikit pencapaian di Phuket tiada peningkatan walaupun kita sebelum ini telah pun mengadakan latihan di luar negara sebelum kejohanan.

“Sebenarnya saya percaya Aniq mampu melakukan lebih baik di Phuket, tapi mungkin faktor puasa, namun itu bukan alasan sebab saya pun puasa sampai ke Phuket,” katanya kepada Sukan Sinar.

Siri kelayakan Piala Dunia Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) di Phuket itu menyaksikan atlet China, Li Fabin unggul dengan angkatan keseluruhan 312kg, wakil Korea Utara, Park Myongjin kedua (301kg) diikuti atlet Filipina, Ceniza John (300kg) manakala Aniq (290kg) kelapan bagi Kategori 61kg.

Bagaimanapun keputusan itu tidak menjejaskan kedudukan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke Paris 2024 apabila masih dalam status 10 terbaik ranking IWF.

Aniq pemegang rekod kebangsaan dalam kategori 61kg dengan angkatan 296kg di Kejohanan Angkat Berat Dunia Grand Prix II Qatar, Disember lalu.

Sebagai rekod, PABM sebelum ini telah menghantar atlet Aniq, Muhamad Aznil Bidin kecuali Muhammad Erry Hidayat menjalani latihan di Aceh, Indonesia sebagai persiapan mengharungi kelayakan Paris 2024 di Phuket.

Tegas Ayub lagi, prestasi dipamerkan atlet negara dalam kejohanan berdasarkan rekod semasa setiap kali mengadakan siri latihan di luar negara tidak begitu memuaskan badan induk tersebut.

“Saya masih mencari punca jawapan kepada keputusan diraih atlet dalam kejohanan yang boleh sifatkan teruk setiap kali kita buat latihan di luar negara.

“Maka untuk persediaan Aniq ke Sukan Olimpik Paris 2024 kali ini, saya cadang beliau berlatih di Pusat Latihan Angkat Berat Kuala Rompin.

“Biarpun begitu PABM akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Majlis Sukan Negara (MSN) bagi melihat pendekatan lebih holistik sama ada latihan luar negara atau Kuala Rompin sebelum ke temasya Paris 2024 pada Ogos depan,” katanya.

Mohd Hafifi Mansor merupakan atlet angkat berat terakhir negara layak ke Sukan Olimpik Rio 2016 dalam Kategori 69kg.

Aniq menyertai lima lagi atlet lain yang layak secara merit ke Paris 2024 iaitu Bertrand Rhodict Lises (terjun), Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah) dan Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya).-Sinar Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia