Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SUKMA Sarawak: Enam acara dipertandingkan di Miri 

MIRI: Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Sarawak di Miri akan mempertaruhkan pingat emas dalam enam acara masing-masing Pelayaran, Ragbi, Lawan Pedang, Karate, Sofbol dan Pencak Silat.

ADVERTISEMENT

https://9739c815d41ab4f5780daa1030a566a4.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata SUKMA pada tahun ini adalah merupakan SUKMA yang terbesar dalam sejarah kerana melibatkan 37 sukan dengan melibatkan 484 acara yang dipertandingkan.

“Sebagai tuan rumah SUKMA 2024, kita diamanahkan dengan tanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang kondusif, memberikan sokongan yang berkekalan, dan memastikan setiap peserta merasai pengalaman yang bermakna.

“Saya yakin, dengan sokongan daripada semua pihak, kita mampu menjadikan SUKMA 2024 sebagai acara yang berjaya dan meninggalkan impak positif kepada perkembangan sukan negara,” jelasnya.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan  Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat dalam Acara Program Larian Baton Sempena SUKMA XXI Sarawak 2024 di bahagian Miri.

ADVERTISEMENT

https://9739c815d41ab4f5780daa1030a566a4.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin berkata sebagai rakyat Sarawak, kita harus menjadikan ruang ini untuk mengeratkan hubungan yang baik dan menyambut kehadiran mereka dengan mesra.

“Sarawak telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran SUKMA dan Para SUKMA ke-21 Sarawak 2024 pada 16 Mac 2023 semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia 2023 Bilangan lapan,” ujarnya.

Ia merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah selepas kejayaan penganjuran pada tahun 1990, 2016 dan tahun ini 2024.

Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Bersama Kementerian Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti telah mengadakan kunjungan hormat ke Semenanjung Malaysia untuk menjemput Menteri Besar dan juga Ketua Menteri untuk hadir ke SUKMA yang akan berlangsung pada 17 Ogos hingga 24 Ogos 2024 manakala Para SUKMA akan berlangsung pada 20 September hingga 28 September 2024.

Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg turut berharap agar SUKMA pada tahun ini merupakan penganjuran yang terbaik pernah dianjurkan sebelum ini. 

“Kita juga berharap Sarawak akan menjadi runaway champion pada temasya kali ini, harapan terbesar adalah melihat atlet-atlet kita mencapai prestasi cemerlang, mewakili negeri masing-masing dengan penuh semangat dan dedikasi,” katanya.

Lee juga menyeru agar masyarakat setempat mengambil peluang atas ruang yang ada dalam penganjuran SUKMA dan Para SUKMA Ke-21 ini untuk terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dengan mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan dalam  perniagaan dan aktiviti pelancongan.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Residen Miri dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dalam menganjurkan acara larian baton sempena SUKMA XXI Sarawak 2024.  

Bahagian Miri merupakan lokasi kedua untuk acara Program Larian Baton, ia diadakan di setiap 12 bahagian dalam usaha mempromosikan SUKMA dan juga Para SUKMA.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukan Malaysia-21 Sarawak 2024 Datu Hii Chang Kee, Residen Bahagian Miri Jamalie Busri, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Nur Alina Abdullah @ Colliner Gohe, Ketua penolong setiausaha Bahagian pengurusan korporat Mysed Abdul Rani Abdullah serta yang lain.-utusanborneo