Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives April 5, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA SUKAN BERSAMA MENTERI BELIA DAN SUKAN

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Warga Sukan yang diadakan di MSN Bukit Jalil yang dihadiri atlet-atlet negara dan juga bekas atlet kebangsaan.

Pada majlis sama Hannah turut menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Nur Hikmah dan bekas-bekas atlet negara yang bernaung di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abdul Halim.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol

JUARA Klasik London, S Sivasangari berada di landasan yang tepat untuk mengikut jejak langkah ratu skuasy negara, Datuk Nicol David setanding dengan jagoan elit dunia dalam arena sukan tersebut.

Penganalisis sukan, Rizal Hashim berkata, pemain berusia 25 tahun itu bagaimanapun perlu diberikan peluang untuk melalui proses pembinaan kerjaya yang betul sekali gus mengelak tekanan tinggi ke atasnya.

Beliau berkata, Sivasangari berjaya meneruskan momentum positif setelah meraih pingat emas dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 tahun lalu dan kemudian merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Klasik London pada Isnin.

“Sivasangari berada di landasan yang betul untuk mengikut jejak langkah Nicol.

“Cuma kita kena bagi ruang untuk Sivasangari bernafas. Jangan terlalu cepat sanjung sehingga beri tekanan berganda. Biar dia berkembang pada kadar sedia ada.

“Selepas menang emas di Sukan Asia, Sivasangari meneruskan rentak positif dalam kariernya,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy, 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 untuk mengungguli kejohanan bertaraf emas tersebut di Alexandra Palace London.

Rizal berkata, Sivasangari melalui perjalanan yang sukar selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang memaksanya berehat lama untuk menjalani proses pemulihan.

Tambahnya, bagi meneruskan momentum kemenangan tersebut dan untuk memastikan prestasinya kekal berada pada tahap terbaik, pemain yang berasal dari Kedah itu perlu kekal menjalani latihan di luar negara.

“Bukan senang untuk seorang atlet berprestasi tinggi berehat lama akibat kecederaan daripada kemalangan untuk kembali cergas dan mendominasi peringkat antarabangsa. Kita biarkan Sivasangari mendaki ranking secara sistematik.

“Saya percaya dengan sokongan semua pihak, Sivasangari boleh memenuhi potensi dengan syarat dia kena terus berkampung di luar negara.

“Sivasangari berada di Cornell, New York menerima asuhan daripada juara dunia dua kali, David Palmer, manakala Nicol dulu bermastautin di Amsterdam.

“Persekitaran luar Malaysia harus membantu Sivasangari agar terus fokus kepada kerjaya demi mengharumkan nama negara,” katanya.-Sinar Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA SELENGGARA & SELIAAN JURUTERA PENYELIA ELEKTRIK UNTUK PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK DI KOMPLEKS MSN BUKIT JALIL, PKSPKP, MSN SETIAWANGSA, MSN NILAI DAN VELODROM NILAI, NEGERI SEMBILAN-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2/G3, Kategori MEPengkhususan E04 & E05 berdaftar di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/004/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA SELENGGARA & SELIAAN JURUTERA PENYELIA ELEKTRIK UNTUK PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK DI KOMPLEKS MSN BUKIT JALIL, PKSPKP, MSN SETIAWANGSA, MSN NILAI DAN VELODROM NILAI, NEGERI SEMBILAN.
TARIKH BUKA : 5 APRIL 2024 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 19 APRIL 2024 (JUMAAT)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PEMBELIAN PERALATAN LATIHAN PODIUM, PELAPIS KEBANGSAAN DAN NEGERI BAGI SUKAN PARA RENANG TAHUN 2024-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

                                    030501– PERALATAN SUKAN

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/023 /2024 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN PERALATAN LATIHAN PODIUM, PELAPIS KEBANGSAAN DAN NEGERI BAGI SUKAN PARA RENANG TAHUN 2024
TARIKH BUKA : 5 APRIL 2024 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 18 APRIL 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

        Lobi Aras 1 (Belakang)
        Bangunan Pentadbiran
        Majlis Sukan Negara Malaysia
        Kompleks Sukan Negara
        57000 Bukit Jalil
        Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Fuzaimie Shamsudin (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929745

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA MEMBAIKI DAN MENUKARGANTI KEROSAKAN LIFT DI BANGUNAN VISTA, BANGUNAN CASA 2 & BANGUNAN CASA 3, MSN BUKIT JALIL UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 Ke atas, Kategori MEPengkhususan M03 berdaftar di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/003/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MEMBAIKI DAN MENUKARGANTI KEROSAKAN LIFT DI BANGUNAN VISTA, BANGUNAN CASA 2 & BANGUNAN CASA 3, MSN BUKIT JALIL UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 5 APRIL 2024 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 19 APRIL 2024 (SELASA)