Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
210101 – HARDWARE (LOW END TECHNOLOGY)
020301 – PERKAKAS ELEKTRIK DAN AKSESORI
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/009/2024 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN KOMPUTER DAN PERALATAN ICT UNTUK KEGUNAAN SEKRETARIAT KERJAYA & PENDIDIKAN (MACE)
TARIKH BUKA : 4 MAC 2024 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 12 MAC 2024 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
ANGGARAN JABATAN : RM 40,000.00
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Azlan Bin Kamarudin (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929822
Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>