Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives February 24, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Persediaan Sarawak jadi tuan rumah SUKMA 2024 berjalan baik – Abdul Karim

KANOWIT, 24 Feb: Persediaan Sarawak untuk penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berjalan dengan baik, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya, meskipun khuatir kerana ia merupakan penganjuran temasya sukan tebesar negara yang melibatkan 37 acara sukan, beliau percaya segala persiapan akan lengkap apabila menjelang hari sukan tersebut kelak.

“Hari ini hanya tinggal 176 hari sahaja lagi sebelum tiba hari penganjuran SUKMA, memang saya juga ada perasaan khuatir, apabila menjadi tuan rumah kejohanan ataupun sukan yang besar seperti ini dan prasarana dan kemudahan sukan mesti dalam keadaan terbaik.

“Organisasi lain berkenaan dengan logistik, penginapan dan sebagainya mesti teratur, tapi saya percaya mereka yang diamanahkan untuk menguruskan dari segi kemudahan, membaikpulih prasarana mengaturkan logistik, pengangkutan, tempat penginapan dan sebagainya akan selesai apabila kita sampai ke tarikhnya dan semuanya akan tersedia,” katanya ketika ditemui pada Program Jelajah Belia Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Untuk rekod, Sarawak dipilih sebagai tuan rumah temasya SUKMA 2024 sekali gus akan menganjurkannya buat kali ketiga selepas edisi 1990 dan 2016.

Temasya sukan itu dijangka akan diadakan dari 17 sehingga 24 Ogos di sembilan bahagian di Sarawak. Ia melibatkan Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.-TVS

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
ELEPHANT WARRIOR CAMP 2024 PERMANTAP ATLET SUKMA PAHANG

MARAN, 24 FEBRUARI 2024 : Majlis Sukan Pahang (MSP) menganjurkan Elephant Warrior Camp 2024 REVOS 2030 bagi memantapkan 586 atlet kontinjen Pahang pada SUKMA Sarawak yang akan berlangsung Ogos 2024.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal berkata, kem yang dianjurkan ini dapat dijadikan platform utama bagi membina semangat dan kekuatan para atlet mempersiapkan diri menjelang SUKMA Sarawak.

“Saya dah berkongsi hasrat, keinginan dan harapan Kerajaan Negeri Pahang terhadap mereka dan dalam tempoh setahun ini banyak yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Majlis Sukan Pahang.

“Dari segi kebajikan atlet, kebajikan jurulatih, dari segi infra dan peralatan sukan itu sendiri, jadi kita hendak tengok ‘result’ selepas kita penuhi hasrat mereka sekarang giliran mereka untuk buktikan pencapaian terbaik untuk negeri dan pada saya kita memiliki masa yang mencukupi sehingga Ogos ini untuk baiki kedudukan kita dari tangga ke-9 kepada sekurang-kurangnya tangga ke-5 dan kita komited untuk mencapai sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Elephant Warrior Camp 2024 REVOS2030 yang berlangsung selama empat pada 23 hingga 26 Februari bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Jengka, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah MSP, YBrs Encik Zamri Hassan, Ketua Kontinjen Pahang yang juga Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Pahang, YHM Tok Muda Dato’ Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah dan Timbalan Rektor UiTM Cawangan Jengka, Profesor Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman.

Pada Elephant Warrior Camp disertai seramai 586 atlet Pahang daripada 36 sukan yang akan dipertandingkan pada SUKMA Sarawak Ogos depan.

Kem tersebut menyediakan platform perkongsian daripada bekas atlet-atlet negara dan pengulas sukan berpengalaman. – PAHANGMEDIA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SIRKIT 1 KEBANGSAAN SUKAN PARA POWERLIFTING MSN-ALLIANZ-PPPM 2024

Tarikh: 23 hingga 26 Februari 2024

Tempat: Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan

Penyertaan Negeri

1. Johor (7L/1W)

2. Melaka (4L)

3. Negeri Sembilan (7L)

4. Selangor (4L)

5. Perak (10L)

6. Kedah (7L/1W)

7. Perlis (6L)

8. Pulau Pinang (3L)

9. Sarawak (8L/8W)

10. Labuan (3L)

11. Kelantan (1L/1W)

Bilangan Atlet: 71 orang (59 Lelaki / 12 Wanita)

Bilangan Pegawai / Jurulatih (Negeri): 32 orang

Bilangan Teknikal: 15 Orang

Bilangan kategori dipertandingkan: 12 acara

Kategori Lelaki

1. Tidak Melebihi 49kg

2. Tidak Melebihi 54kg

3. Tidak Melebihi 59kg

4. Tidak Melebihi 65kg

5. Tidak Melebihi 72kg

6. Tidak Melebihi 80kg

7. Tidak Melebihi 88kg

8. Tidak Melebihi 97kg

9. Tidak Melebihi 107kg

10. Melebihi 107kg

Kategori Wanita

1. Light Weight bawah 61kg

2. Heavy Weight atas 61kg

Klasifikasi

19 – kes baru

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEJOHANAN 12TH ASIAN TRACK PARA CYCLING CHAMPIONSHIPS

Tarikh : 21 – 26 Februari 2024

Tempat : New Delhi,India

Keputusan :

Hari Ketiga (23/2/2024)

Acara : 1KM Time Trial

Keputusan :

Emas : Yusof Hafizi (MAS) – 1.17.518

Perak : Mohammed Almarri – 1.36.020

Acara : 1KM Time Trial

Keputusan :

Emas : Adi Raimie (MAS) – 1.13.178

Perak : Tifan Abid (INA) – 1.16.420

Gangsa : Rashed (KSA) – 1.32.747

Acara : 1KM Time Trial

Keputusan :

Emas : Jaturong (THA) – 1.06.825

Perak : Zuhairie (MAS) – 1.08.230

Gangsa : Sufyan (INA) – 1.10.754

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
ASIAN TRACK CYCLING CHAMPIONSHIPS & ASIAN TRACK JUNIOR CYCLING CHAMPIONS

21 – 26 February 2024

New Delhi India 🇮🇳

23 Feb 2024

Keputusan akhir bagi Acara Sprint 200m

🥇🇯🇵 – Yuta onara

🥈🇨🇳 – Li Zhiwei

🥉🇲🇾 – Muhammad Shah Firdaus

Keputusan akhir bagi Acara Sprint 200m

🥇🇨🇳 – Wang Li Juan

🥈🇨🇳 – Tong Mengqi

🥉🇲🇾 – Nurul Izzah Izzati

Women Junior Omnium

🥇🇰🇷 Yumi Hyeon – Point 136

🥈🇲🇾 Dania Aveirel Alviera – Point 128

🥉🇺🇿 Samira Ismailove – Point 123

Majlis Sukan Negara Malaysia