Mesyuarat Bersama Sekretariat Para SUKMA XXI Sarawak 2024 diadakan pada 22 hingga 23 Februari 2024 bertempat di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur.
Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, YB Datuk Mohammad Razi bin Sitam pada khamis.
Program ini dimulakan dengan taklimat daripada Sekretariat Para SUKMA, Proses Pendaftaran Atlet, Program Klasifikasi dan seterusnya perkongsian makluman berkaitan Peraturan Pertandingan oleh Ketua Delegat Teknikal.
Turut hadir, Laksamana Pertama (B) Dato’ Subramaniam Raman Nair, Setiausaha Agong Majlis Paralimpik Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Klasifikasi Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Puan Noor Azleen Binti Yusop, Timbalan Pengarah OKU Jabatan Belia dan Sukan Negara.








