Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives February 14, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Setiap SUKMA wajar pertandingkan sukan terjun wanita, medan cungkil bakat baharu

KUCHING, 14 Feb: Usaha untuk melahirkan lebih ramai pelapis atlet wanita sukan terjun negara dikekang oleh syarat-syarat penganjuran sukan di peringkat nasional.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata acara seperti Sukan Malaysia (SUKMA) yang membatalkan suatu kategori atas alasan kurang penyertaan daripada negeri bertanding menyukarkan proses mencungkil bakat baharu.

“Saya rasa perlu ada reformasi terutamanya sukan negara.

“Dalam SUKMA 2021 contohnya tidak ada acara sukan terjun wanita. Apa yang berlaku? Kita sendiri yang mengekang hanya kerana tidak cukup jumlah penyertaan daripada negeri-negeri, acara itu dibuang dari senarai,” katanya semasa sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, Kementerian Belia dan Sukan perlu memiliki kuasa veto bagi menentukan penganjuran suatu acara meskipun hanya beberapa negeri yang dapat menghantar atlet.

Beliau berkata setakat ini, Sarawak terus menjadi negeri melahirkan atlet terjun negara dengan tujuh daripada 15 atlet pelapis berada di Kuala Lumpur menyertai kem latihan.

“Kalau negeri itu meletakkan syarat tertentu seperti Kelantan dan Terengganu, kita tidak mengharapkan mereka untuk mengambil bahagian. Namun begitu mereka tidak boleh mengharapkan Sarawak sahaja. Kita perlu sumbangan negeri lain juga,” katanya. – TVS

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Taiwan ujian sebenar

SHAH ALAM: Skuad lelaki negara berdepan ujian sebenar apabila bertemu Taiwan pada aksi terakhir Kumpulan B di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, esok.

Selepas mudah membenam pasukan kerdil dalam dua perlawanan awal – Brunei dan Kazakhstan – aksi bertemu Taiwan disifatkan cukup getir yang menjadi penentuan untuk gelaran juara kumpulan.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, berkata perlawanan menentang Taiwan sememangnya menjadi fokus utama pasukan.

“Sebenarnya semua orang terutama pemain memberi tumpuan kepada aksi terakhir ini, begitu juga dengan Taiwan.

DISYORKAN UNTUK ANDA

“Dari sudut pasukan mereka, ia sama seperti kita (ternanti-nanti aksi terakhir peringkat kumpulan),” katanya.

Menurut Rexy, barisan kejurulatihan bukan sahaja akan fokus mempersiapkan dari segi teknik tetapi turut memberi tumpuan kepada kekuatan mental mereka.

https://8ed9fc5990828413298b39104946d8bb.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html

“Bagi aksi ini kami bukan sahaja perlu mempersiapkan dari segi teknik untuk berdepan dengan mereka tetapi terarah bagaimana kami menguruskan mental pemain bagi sentiasa dahagakan kemenangan di dalam gelanggang.

“Jadi kami akan duduk bersama dan sentiasa meningkatkan motivasi pemain menjelang perlawanan itu nanti,” kata Rexy.

Mengulas mengenai tahap kecergasan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang kembali ke gelanggang selepas pulih daripada kecederaan otot belakang, Rexy memberitahu barisan kejurulatihan sentiasa memantau keadaan pemain itu.

“Buat masa sekarang kita sudah melihat dia beraksi menentang Brunei (semalam), jadi kita akan duduk berbincang lagi dalam masa sama mempersiapkan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Eogene Ewe. Jika kita terlalu menekannya bimbang mendatangkan risiko pada kecederaannya.

“Kita juga harus melihat kejohanan selepas ini yang juga penting buat Tze Yong dalam mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik,” katanya.

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia

Esok

Lelaki

Kumpulan A

China mln India, 1 tgh

Kumpulan B

Kazakhstan mln Brunei, 1 tgh

Malaysia mln Thailand, 5 ptg

Kumpulan C

Jepun mln Thailand, 5 ptg

Singapura mln Myanmar, 5 ptg

Kumpulan D

Indonesia mln Korea, 1 tgh

UAE mln Arab Saudi, 1 tgh

Wanita

Kumpulan X

Indonesia mln Hong Kong, 9 pagi

Kumpulan Y

Malaysia mln Thailand, 9 pagi

Kumpulan Z

Jepun mln Taiwan, 9 pagi

*Semua perlawanan di Pusat Konvensyen Setia Alam

-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Mesyuarat Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 di CASA 4, MSN. Terima Kasih Tuan Jefri Ngadirin, TKP MSN.


🔸Why Sports Management Courses are vital for the nation.

🔹The sport industry has changed significantly in recent years but it continues to be dynamic and innovative, creating challenges and career opportunities for knowledgeable sports.

🔹Be ready to compete with the rest of the sporting nation.

🔹KSPK (Sport Management) programme is designed to enable participants to appreciate and evaluate sport, from an informed and inquisitive managerial viewpoint. At every level of the course, participants will develop vocationally relevant experience and skills; such as event management, strategic and sponsorship planning, social media management, and sport marketing. Participants will also develop transferable skills in areas such as; communication, negotiation, teamwork, leadership, and problem-solving.

🔸The field of sports management equips professionals with the skills and knowledge necessary to support sport marketing agencies, intercollegiate athletic departments, professional sports organizations, sports equipment manufacturers and many more operations throughout the vast sports industry.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
21 negara berentap pada Piala Dunia Sepak Takraw

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 negara telah mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini pada 18 hingga 26 Mei ini.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan, dengan memaklumkan pihaknya telah menerima surat rasmi daripada 12 pasukan yang akan berentap bagi kategori Premier dan sembilan pasukan bagi kategori Divisyen 1 untuk beraksi di kejohanan berprestij itu.

“Untuk Premier ada 12 negara iaitu Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Myanmar, Vietnam, India, Indonesia, Singapura, Brunei, Jepun, China dan Filipina. Divisyen 1 pula ada sembilan negara iaitu Sri Lanka, Arab Saudi, Perancis, Iran, Taiwan, Nepal, Pakistan, Jerman dan Bangladesh,” katanya pada sidang media PSM di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan penyertaan 21 negara itu telah muktamad dan tidak akan ada penambahan pasukan pada masa akan datang.

PSM, katanya akan mengadakan majlis memperkenalkan piala kejohanan itu bersama majlis pengundian pada 6 Mac ini di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

“Undian kita buat lebih awal dari sebelum-sebelum ini. Kali ini kita bincang dan mohon kepada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) supaya negara-negara tahu kumpulan mereka dan boleh buat persiapan awal,” katanya.

Mohd Sumali berkata Piala Dunia kali ini bakal menyaksikan kategori Premier mempertandingkan acara berpasukan yang mempunyai Piala Khas selain acara beregu dan regu turut dipertandingkan bagi kategori itu.

“Divisyen 1 hanya mempertandingkan dua acara iaitu beregu dan regu, tiada berpasukan,” katanya.

Mengulas mengenai persiapan skuad negara menjelang piala berprestij itu, Mohd Sumali berkata pasukan negara akan dihantar ke Bangkok, Thailand selama dua minggu bagi berdepan aksi pemanas badan awal Mei ini.

Beliau berkata skuad Thailand kemudian akan menyertai latihan pasukan negara di sini sebagai rakan sepelatih sebelum kejohanan itu bermula. – BERNAMA

TAG: sepak takraw, Sepak Takraw 2024, Sepak Takraw 2024, PSM, ISTAF -Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
LAWATAN KETUA PENGARAH MSN KE KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI

YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN telah mengadakan lawatan ke Kompleks Sukan MSN, Nilai pada 14 Februari 2024.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau persiapan atlet-atlet Memanah dan Berbasikal menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024. Temasya ke-33 itu berbaki 5 bulan sahaja lagi bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Latif, Ziyad tuai emas di Dubai

KUALA LUMPUR: Jaguh para olahraga negara, Datuk Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli terus mempamerkan aksi baik di peringkat antarabangsa, apabila merangkul pingat emas pada Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia Dubai 2024, semalam.

Pemenang emas Paralimpik sebanyak dua kali, Abdul Latif muncul juara acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) dengan lompatan sejauh 7.11 meter (m), sekali gus berada di landasan tepat untuk hatrik emas di Paris 2024.

Athanasios Prodromou (6.81m) dari Greece dan Nikki Tang (6.74m) dari Hong Kong masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.

Sementara itu, Muhammad Ziyad mencatatkan lontaran sejauh 16.62m untuk ungguli acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual).

Ia cukup untuk mengatasi Muhammet Atici (15.12m) dari Turkiye dan Boonkong Sanepoot (12.80m) dari Thailand, manakala seorang lagi wakil negara, Mohamad Aliff Mohamad Awi menamatkan saingan di kedudukan keempat dengan catatan 12.61m.

Bagi acara lempar cakera berkerusi roda lelaki F54/55/56 (kecacatan fizikal), Muhammad Amir Abdul Raof menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan catatan 26.86m.

Wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE) unggul meraih emas dan gangsa masing-masing menerusi Abdulla Mesbahi meraih (22.90m) dan Sultan Alhamsi (23.10m). – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Zii Jia intai peluang berlatih dengan Kunlavut

KUALA LUMPUR: Selepas Korea Selatan, pemain perseorangan lelaki profesional lelaki negara, Lee Zii Jia berkemungkinan besar akan ke Thailand bagi meneruskan program latihannya di luar negara.

Jurulatihnya, Wong Tat Meng, berkata program latihan di luar negara akan diteruskan bagi mempersiapkan pemain ranking ke-10 dunia menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024, Julai depan.

“Selepas Korea, mungkin kita pilih negara lain pula. Saya mahu bagi Zii Jia belajar berlatih dalam suasana yang berbeza.

“Sebelum ini, Loh Kean Yew (perseorangan Singapura) ada pergi ke Thailand dan berlatih bersama perseorangan negara itu Kunlavut Vitidsarn (juara dunia).

“Jadi, kami pun mungkin boleh ke sana untuk Zii Jia berlatih dengan Kunlavut kerana saya juga mengenali jurulatih di Thailand,” kata Tat Meng.

Sebelum ini, Zii Jia yang juga bekas juara Seluruh England menghabiskan masa selama 11 hari dari 31 Januari hingga 9 Februari menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Korea di pusat latihan Persatuan Badminton Korea (BKA) di Jincheon.

Mengulas mengenai latihan di Korea, Tat Meng, berkata dia gembira kerana Zii Jia terbuka untuk menerima perubahan dalam program latihan yang cuba dibawanya.

“Korea ada lapan pemain perseorangan, ketika kami di sana hanya Jeon Hyeok Jin saja yang tidak ada kerana menyertai kejohanan di Thailand dan Azerbaijan.

“Sepanjang di Korea, Zii Jia mendapat peluang berlatih dengan pemain yang memiliki kemahiran berbeza termasuklah pemain kidal.

“Ini adalah sesuatu yang bagus untuk Zii Jia, tidaklah dia hanya berlatih dengan pemain saya sama saja seperti di Malaysia.

“Saya lihat Zii Jia terbuka untuk menerima perubahan dan ini memudahkan saya untuk menyusun program latihan seterusnya untuk dia,” kata Tat Meng.

Zii Jia ketika ini bersama skuad kebangsaan beraksi dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Shah Alam.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Harimau Malaya perlukan skuad lebih segar

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus memandang ke depan sebaik berakhirnya kempen Piala Asia 2023 apabila akan mencuba sekali lagi untuk memburu slot kejohanan itu bagi edisi 2027 yang akan berlangsung di Arab Saudi kelak.

Berdasarkan kepada situasi semasa, skuad Harimau Malaya berada pada laluan terbaik ketika ini apabila mengungguli Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan dua tempat teratas akan mara secara merit ke Piala Asia 2027.

Namun, perlu dingatkan pasukan terbaik yang dimiliki Kim Pan-gon ketika ini semakin berusia dengan beberapa tonggak utama berusia 34 tahun ke atas.

Antara pemain terbabit yang dilihat sudah berusia pada 2027 nanti adalah Shahrul Saad (34), Daniel Ting (35), Junior Eldstal, Darren Lok dan La Vere Corbin Ong (36), Paulo Josue (38) dan Brendan Gan (39).

Menurut Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donnell, walaupun ada yang mengatakan usia hanyalah sekadar nombor namun sesuatu perlu dilakukan segera oleh FAM dalam menyediakan pemain terbaik jika Malaysia sekali lagi berjaya menempah tiket ke Piala Asia 2027.

“Sudah tentu kita sekali lagi mahu menikmati pengalaman beraksi di Piala Asia. Kita juga mahu ke Piala Dunia tetapi untuk berbuat demikian, kita harus sentiasa melayakkan diri ke pertandingan Asia.

“Saya rasa kelompok pemain seterusnya (skuad B-23) terdiri dalam kalangan pemain yang bagus jadi mereka kena yakinkan Pan-gon bahawa mereka layak bermain bersama skuad senior.

“Jadi bergantung kepada pemain ini untuk menunjukkan prestasi yang terbaik dalam Liga Super, beraksi sekerap mungkin supaya dapat dipanggil nanti. Kita mahu layak lagi ke Piala Asia 2027,” katanya.-Harian Metro

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEJOHANAN 15TH FAZZA DUBAI GRAND PRIX 2024 (7-16 FEB 2024)

Day 1 – 13 Feb 2024

Men’s Long Jump (T20)

Emas – Datuk Abdul Latif Romly (MAS) – 7.11m

Perak – Athanasios Prodromou (GRE) – 6.81m

Gangsa – Nikki Tang (HKG) – 6.74m

Men’s Shot Put (F20)

Emas – Muhammad Ziyad Zolkefli (MAS) – 16.62m

Perak – Muhammet Atici (TUR) -15.12m

Gangsa – Boonkong Sanepoot (THA) – 12.80m

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MSNJ PERKENAL DUA PROGRAM BAHARU

Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) hari ini, memperkenalkan dua program baharu yang dinamakan ‘Sports Connoisseur’ dan ‘The Heroes Alma Mater SUKMA Johor’.

‘Sports Connoisseur’ menjadi platform kepada atlet kelahiran Johor yang mewakili negara dilantik ikon sukan MSNJ bagi menyuntik semangat atlet negeri ini, selain memupuk kesedaran bersukan kepada masyarakat.

Bagi tujuan tersebut, Shah Firdaus Shahrom, atlet berbasikal negara dan Nurfariha Abdul Razak, pemain bola jaring kebangsaan telah dipilih oleh High Council Committer (HCC) MSNJ sebagai ikon sukan MSNJ.

Selain itu, satu lagi program baharu iaitu ‘The Heroes Alma Mater SUKMA Johor’ pula akan mengumpulkan atlet-atlet terbaik Johor dan alumni SUKMA Johor yang menepati syarat ditetapkan.

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor melancarkan Program SUKMA 2024: The Next Chapter yang menjadi persediaan awal kontinjen Johor mempertahankan kejuaraan temasya dwi-tahunan itu.-Media Digital Johor

Majlis Sukan Negara Malaysia