Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PEMBELIAN T-SHIRT UNTUK PROGRAM JUNIOR CYCLING MALAYSIA BAGI TAHUN 2024 – Tutup

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

030101 – PAKAIAN SUKAN DAN AKSESORI

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/002/2024 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN T-SHIRT UNTUK PROGRAM JUNIOR CYCLING MALAYSIA BAGI TAHUN 2024
TARIKH BUKA : 29 JANUARI 2024 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 6 FEBRUARI 2024 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Noraidlillah Nazirah Abu Bakar (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929057

Muat Turun : <iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>